Tuesday, 9 September 2014

Ukur Perut Dengan Manometer

Bismillah..

Setelah berbulan tak terusik, rasanya perlu juga utk menulis sesuatu pada ruangan blog ini. dah namanya pon Belajar Menjadi Hambanya, sudah tentu banyak yang perlu belajar, diubah, dan refleksi yang perlu dilakukan.

Renyai-renyai hujan yang turun menyimbah Penang,

Exam Pengajian Islam yang terpaksa dipostpone atas faktor-faktor tertentu

Rotation Ortho yg nampak sangat jahilnya aku berkaitan tulang

sudah cukup untuk menaikkan selera makan.

Apatah dengan mudahnya untuk didapati jika hendak dibandingkan dengan kehidupan di Ireland dulu.

Jika dulu, everything is haram until proven otherwise. Sebaliknya setelah pulang ke Malaysia.

Sedang terdetik untuk keluar makan KFC, terbaca pada satu entry yg tajuknya 'Anak makan McD, ibu di kampung..'-belum sempat lagi baca artikel tersebut terasa seolah ditembak tepat ke dahi.

Sedang si ibu dan abah di kampung bersusah payah mencari nafkah dengan menoreh getah yang entah apa lauk mereka hari ini. Ditambah dengan harga getah yang menjunam jatuh (rm1.80 perkilo). (itupon ada menteri bangga purata pendapatan rakyat malaysia naik ;(

Tak mustahil, kalau hanya bermenukan ikan masin atau telur goreng atau juga sardin tin.

Sedang aku??

walau hanya rm770 yang diperuntukkan oleh MARA, bernafsu besar untuk makan di restoran mewah, membeli kasut mahal. umhh

ok lah. tak nak cakap bnyak, takut tak termakan pula nnti. Yang penting jangan membazir, ukur saiz perut sebelum membeli. Kalau mampu bantu parents dengan biasiswa yang kita dapat sangatlah beruntung buat parents dan juga anak tersebut.


ps: mak abah, minta maaf kalau sekali sekala berbelanja seperti orang yang tak kenal asal usul. ;0 huhu

Saturday, 15 March 2014

We Share A Dream

We share a dream..
Sebuah bulatan gembira yang bukan sahaja membicarakan soal manisnya ukhwah, tetapi turut menekankan betapa perlunya membentuk peribadi muslim yang  unggul kea rah melahirkan satu ummah yang punya agenda..

We share a dream
Menghimpunkan mereka yang punya keinginan dan kesedaran dalam mengetuk hati-hati insane di sekeliling mereka tanpa menghiraukan penat lelah dan wang ringgit.
Entry kali ini lebih bersifat penghargaan.

Penghargaan kepada mereka yang selama ini banyak membantu diri ini perbaiki diri sepanjang keberadaan di bumi Ireland.

AKMAL SHARUM
Seorang yang lemah lembut dalam berkata-kata namun tegas dalam setiap keputusannya. Pandangan pertama terhadap insan ini pasti menampakkan seorang yang serius tapi baik, garang tapi penyayang, tegas tapi bertempat. Seorang yang kemas dan tersusun baik dari segi penampilan mahupun dalam pengurusan organisasi.. Moga segala kebaikan yang dimiliki ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada jalan dakwah ini. ;)

HUZAIFAH ZULKIFLI:
Seorang sahabat yang punya impian dan cita-cita yang jauh kedepan. Meletakkan urusan dakwah dan tarbiyah melebihi urusan peribadi. Sembangnya penuh dengan perancangan membangunkan urusan dakwah di bumi Eropah. Bertemu seawal form 4 di Nadwah Kepimpinan, sudah menampakkan cirri-ciri kepimpianan yang  tinggi pada diri insane ini. Sifat ceria dan jernih wajahnya dapat mengikat hati-hati mutarabbi yang inginkan bimbingan dalam menempuh alam kehidupan

ADIB SAFWAN:
Insan mulia yang berhati tenang. Tenang dalam tingkah laku juga percakapan. Punya visi yang jelas dalam membawa perubahan diri dan masyarakat. Moga kehebatan yang ada dalam diri terus dimanfaatkan utk ummah. ;)

NAZWAN SHAH:
Seorang yang tak banyak berkata-kata. I mean kata-kata kosong. Namun jika diminta idea atau cadangan, nyata bernas sekali. Ikhwah yang bersungguh dalam menjalankan aktiviti, pakar dalam dealing dengan orang lain.

AHMAD HUSNI:
Sahabat baik, sehati sejiwa, semain bola, sesepak takraw, seusrah dan sebagainya. Hebat dalam akademik,juga hebat dalam bidang luar akademik.  Punya ciri dan peribadi yang menjadikan orang di sekeliling senang untuk duduk bersama. Jarang menunjukkan muka tidak puas hati. Jika beremosi sekadar mendiamkan diri. InsyaAllah  jika segala kelebihan yang dimiliki ini dimanfaatkan dengan seoptimum mungkin, pasti ramai hati-hati insane dapat disentuh kea rah membangun masyarakat dan ummah yang jelas hala tujunya. ;)

ZULHAIRY NAZRI:
Pendiam orangnya. Namun diamnya berisi. Aksi malam kebudayaan di jums11 nyata mengejutkan kami. J. Seorang sahabat yang cemerlang dalam akademiknya, juga cemerlang dalam menggerakkan persatuan dan organisasi. Andai ditanya siapa punya level kepercayaan paling tinggi, inilah dia sahabat yang dicari. Semoga segala kelebihan yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha membangunkan ummat yang sedang nyenyak tidur diulit mimpi.

FAEZUDDIN SHAMSUALHARIS:
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Sungguh besar jasa insan ini. Punya kesabaran yang tinggi dalam melayan pelbagai karenah kami sepanjang keberadaan di sini.. Seorang yang tegas dalam berlembut, penyayang dalam serius. Berperwatakan seorang ketua yang hebat dalam pengurusan dan organisasi. Sentiasa mengambil berat segala hal yang berlaku sambil cuba mencari jalan penyelesainnya. Seorang yang dapat menyelami jiwa dan perasaan walau kekadang berlainan character dan pola fikir..



Semoga terus tsabat menempuh liku2 hidup yang kekadang datang dalam pelbagai bentuk yg tidak disangka.. Boleh jadi ujian itu datang dengan hilangnya MH370, karenah Raja Bomoh, Konsert yang Membunuh dan sebagainya..

Thursday, 23 January 2014

Jika Diberi Pilihan, Mati yang Bagaimana Diinginkan?

Sepanjang attachment di hospital minggu ini, banyak menyedarkan diri soal kematian yang kekadang alpa dengan kesenangan dunia. Mula menghitung nikmat-nikmat yang Allah kurniakan setelah melihat mereka yang sudah hilang beberapa nikmat sama ada kesihatan, umur dan kebahagiaan. 

Kekadang dengan nikmat kesihatan yang baik, kita lupa yang kita akan diuji dengan penyakit. Dengan nikmat umur yang masih muda, kita lupa dengan masa-masa depan yang akan kita hadapi. Nikmat kebahagiaan bersama keluarga yang kita miliki sekarang, kekadang menyebabkan kita alpa akan kehilangannya.

Sungguh mati itu pasti seperti mana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 185,
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

Timbul persoalan, mati yang bagaimana diharapkan. 

"Ahmad, awak disyaki menghidap kanser paru-paru. dan mengikut jangkaan kami anda hanya punya 2 bulan sahaja lagi untuk hidup"
"Hashimah, penyakit leukemia kamu dah semakin kritikal. bilangan sel darah putih kamu menurun dengan mendadak sekali. mengikut jangkaan kami, kamu hanya mampu untuk meneruskan kehidupan dalam 40 hari sahaja lagi" 

Sekiranya kita berada di tempat Ahmad dan Hashimah, apa yang akan kita lakukan bagi mengisi baki kehidupan dunia yang tinggal. Antara yang terlintas mungkin;

1. Menghabiskan waktu2 terakhir kita bersama keluarga tercinta
2. menghabiskan waktu di surau atau masjid
3. travel ke seluruh dunia
4. meluahkan segala perasaan yang terpendam buat isteri, rakan2 dan keluarga
5. mencari kelab malam untuk berseronok sebelum masuk alam yang tidak seronok
6. menghabiskan hafazan alquran yang berbaki
7. travel seluruh negara dalam usaha memberi motivasi kepada pelajar, anak-anak dan juga ibu bapa
8. pergi ke Syria atau Palestin untuk berjihad

Dan mungkin banyak lagi keputusan lain yang bakal kita ambil. Maka bersyukurlah buat Ahmad dan Hashimah kerana paling tidak mereka dapat jangka bila Malaikat Izrail akan datang menyapa. Namun buat kita yang tidak dapat meneka kapan akan datang hari tersebut, pernah terbayangkah kita pengakhiran nanti bagaimana?

1. Atas kerusi roda
2. Lumpuh sampai ke sudah 
3. Kemalangan jalan raya
4. Kencing manis
5. Mati dlm perang??dengan siapa??
6. Jatuh bangunan
7. Sakit jantung
8. Dalam keadaan tidur yg tak bangun2

9. Jatuh bermain ski
10. Ketika sedang sujud di tikar sejadah

Wallahu A'lam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui soal hidup dan mati.

"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan" -[Al Waqiah:60]


Jika ditanya, kenapa Allah tak letak siap-siap 'expired date' kita so that mudah sikit nak plan. Pasti ada hikmah disebaliknya. Supaya kita tidak terus leka mengingati dan beribadat kepadanya. Maka menyesallah buat kita yang lalai dan alpa dalam menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya di atas muka bumi in.

"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan". Sekali-kali tidak! Sungguh itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan dihadapan mereka ada Barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan." - [Al Mukminun:99-100]

Menanti di Alam Barzakh - Far East

Sekadar peringatan bersama agar kita sentiasa merasai tanggungjawab sebagai seorang muslim. semoga kita peroleh husnul khotimah dalam kehidupan yang sebentar ini.

Wednesday, 15 January 2014

Marah tanda sayang..

Sambil minum kopi beserta cucur kodok ikan bilis, aku tercari-cari topik apa yang hendak disembangkan dengan abah. Aku suka mendengar cerita-cerita abah zaman kanak-kanak dia dulu. Lebih menarik kalau time sembang-sembang tu ada adik-beradik abah yang lain. Pasti lebih hidup suasana dia. Cerita tentang apa? Tak lain dan tak bukan garangnya tok wan aku dulu.

Hidup sebagai anak kampung pada era 70-an tidak dapat lari dari kerja-kerja kampung dalam membantu keluarga yang susah dengan membuat bendang (menanam padi), mengembala kerbau dan menjual buah pinang pada musimnya. Minat pasangan kembar (abah dan pak njang) terhadap bola sepak tidak dapat dipisahkan lagi. Cerita yang paling lekat di hati

Sambil-sambil menolong menjaga kerbau di bendang, abah dan Pak njang akan bersama kanak-kanak lain untuk main bola. 

"Tengah dok main bola sedap-sedap, tau-tau tok wan mai dah naik dari bendang. Dengan tangan sorok kat belakang. Ingatkan pegang apa. Nah ranting kayu. Apa lagi Menyirap ar belakang kami."

"Tak kan sampai tak boleh main langsung abah?"

"Pada pandangan orang tua-tua dulu, anak-anak ni kena tolong buat kerja ja. Bela lembu dan kerbau, cangkul bendang, ambik rumput. Mana boleh main-main bola macam ni. Dalam hati abah time tu, tak pa dapat anak nanti nak suruh main bola. Kalau tak dak kasut nak tolong beli lagi. Dendam punya pasai. haha"

"kalau orang mai rumah, kami budak-budak dulu mana boleh dok melangut macam ni. kena jegil macam nak tercabut bijik mata. kalau buat tak reti jugak, tunggu tetamu tu balik siap la.."

"Malam-malam jangan harap la nak boleh keluar nak lepak-lepak ka. Tau dengan dia, dia tunggu ja sampai balik. Kalau berlakon buat-buat tido pon, dia tibai semacam ja. Mak Lang dulu cerdik, tau dah buat salah. Awal-awal lagi pakai kain tebal-tebal. Kalau kena rotan tak la sakit sangat."

Yang bagusnya setiap kali abah cerita kisah kegarangan tok wan dulu, pasti dia akan kata

"Nasib baik tok wan buat macam tu kat kami dulu. kalau tak, tak pasti nak jadi pa. Dengan ada yang terjebak kes dadah, curi dan segala bagai lagi.."

Sebab tu tak hairan la kalau abah turut mewarisi serba-sedikit sifat cengir ni.. Pernah kak kena lumuq cili kat mulut sebab larang tak reti.. Masa tu dia baru 6 tahun. Pergh cuak aku yang tengok ni.. 

Bila dilihat semula pada generasi muda kini yang nampak seolah keras kepala, tiada hormat pada ibu bapa. Mungkin ada salah pada didikan awal ibu bapa. Terlalu mengikut kehendak anak-anak tanpa ada sebarang ketegasan. Maka tak hairanlah cerita-cerita 'Anakku Sazali' kerap terjadi. Tak berani untuk bertegas.

Jika dulu, anak-anak akan dipersalahkan sekiranya ada masalah akademik atau disiplin di sekolah. Silap hari bulan si anak akan dihukum di depan guru oleh ibu bapa yang hadir. Kini? Anak-anak dengan mengadanya menyalahkan guru-guru bila didenda. Guru-guru pula yang dipersalahkan.

salah satu reality tv show di England 

"Bertegas ada paksinya. Marah bukan tanda benci tapi sayang. Kalau dengar cakap takkan mak nak marah. Kalau mak tak sayang, mak akan biar ja nak buat apa pun"- ayat pujuk mak lepas kena marah.




 

Monday, 13 January 2014

Sembang-sembang kalimah Allah


Isu kalimah Allah menjadi semakin hangat walau keputusan mahkamah rayuan telah dibuat. Tidak ubah seperti pepatah 'rumah sudah siap dibina,pahat masih lagi berbunyi'..

Mungkin agak sedikit lantang di fb dalam menyentuh isu ini, sehingga sahabat baik (biarlah nama dirahsiakan) yang beragama Kristian menghantar mesej bertanya pendapat. Sikap yang patut dipuji, setiap kali beliau tidak/kurang bersetuju dengan sesuatu dia pasti akan pm di ruang chatting fb instead of menghangatkan suasana di ruang comment..

Suka untuk dikongsikan perbincangan dan sembang-sembang kami di sini tanda keakraban kawan lama.. ;)


Kawan baikAzuan

AkuYup

Kawan baikyou tak sokong ke pergunaan perkataan Allah dalam Herald tu?

Akuklu aku, aku kurang bersetuju..

Kawan baikif you dont mind boleh explain kenapa tak?

Akusbb pada aku, terjemahan god kpda Allah adalah tidak tepat. klu dlm bhasa melayu, god=tuhan.. tapi Allah ialah kata nma khas Tuhan umat Islam.. btw apa plak pndangan ko?. ko setuju ke God diterjemahkn kpd Allah?

Kawan baikPendapat saya? I rasa there is only one God. my god and your god is the same. maybe kita berpandangan berbeza tetapi pada saya there is only one god/Allah. pada saya, saya nak tahu kenapa isu ini hanya dibangkitkan pada tahun 2009. kenapa tidak dibangkitkan sebelum itu?Saya rasa BN menggunakan isu ini untuk political agenda. dan kalau saya tengok isu ini, saya rasa penggunaan Allah itu tidak salah. Adakah orang Islam baca Bible? Tidak. Dan kalau orang Islam kuat beriman there is no reason mereka akan convert to Christianity just because of the usage of one word

Aku: kenapa baru nk wujud aku pon xpasti. boleh jadi jugak sbb politik..btw, you ckap believe in one god, mcm mna plak dngan konsep trinity?
berkaitan dngan org Islam kuat iman, aku rasa benda yg sama terjadi pada semua penganut agama.. ada yg taat pada agama dan ada jugak yg xambik kisah pada agama.. dlm keadaan nk perbaiki dalaman org islam, perlu juga dilihat faktor2 luar.. contoh paling dekat tengok indonesia sudah la..

Kawan baikkonsep Trinity. Ok. ini pandangan saya. Father Son and Holy Spirit. Setahu saya kita percaya bahawa nabi isa ialah the son of god. Son dan holy spirit tu ialah satu yang tidak begitu difahami oleh orang ramai. tetapi we believe that the 'Father' is god.

Akuini yg membezakan antara Islam dan Kristian. dlm surah al-ikhlas (verse 1-4): 1. katakanlah (muhammad), Dialah Allah, yang Maha Esa (tunggal) 2. Allah tempat meminta segala sesuatu 3. (Allah) tidak beranak dan diperanakkan 4. dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia..
secara peribadi, ko tak rasa akan keliru ke bila dua2 agama menggunakan nama Allah.. utk generasi akan dtg pasti tertanya2 apa beza antara keduanya?

perbincangan tamat...


konklusi yang boleh dibuat;
1. Tauhid yang kita imani adalah sama sekali berbeza. Dan itulah yang menjadi pokok perbezaan agama Islam dan agama Kristian.

2. Kekeliruan pasti akan berlaku bila golongan Kristian tetap berdegil untuk menggunakan terjemahan God kepada Allah dalam bible/majalah The Herald di Malaysia. Contoh jelas apa yang sedang dan telah berlaku di Indonesia.

3. Sikap hormat menghormati perlu dipupuk lebih-lebih lagi kita yang tinggal di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Sikap sesetengan individu/kumpulan yang cuba cross the line dalam issue agama pasti mengundang kemarahan penganut agama lain.

4. Hormat keputusan mahkamah yang telah diputuskan. 

5. Kerajaan perlu tegas dalam buat keputusan dan tindakan. bukan saling menuding jari dengan menyalahkan kerajaan negeri atau beralasan tunggu keputusan mahkamah, sedang keputusan telah dikeluarkan.






Monday, 6 January 2014

Da'ie yang SIBUK

Da'ie kini kelihatan begitu sibuk

Sibuk
memikirkan masalah umat yang tak henti,
mengatur program dan aktiviti,
bekerja dari pagi hingga bertemu pagi,
dalam melayan karenah anak dan isteri

Da'ie kini
Disibukkan lagi dengan isu sensasi,
Antara gaji dan sesuap nasi,
Hingga jarang sekali 'bertemu' Ilahi,
menyendiri memikirkan soal mati,

Diharukan lagi bila
Gemar mencari titik perbezaan dari persamaan,
kekadang berbalah bagai nak perang,
hingga tak kenal mana musuh mana lawan,
silap-silap keluar segala pisau dan pedang.

Bukanlah untuk menafikan segala bentuk kesibukan yang membawa ke arah kebaikan. Cuma kekadang kita lupa untuk bersendirian bertaqarrab dengan Allah menginsafi kelemahan diri, menghitung amal baik dan jahat kita. Kekadang ada yang mempersoal, kenapa dalam kesibukan kita beraktiviti tapi rasa hati masih kering?

Maka kembalikan persoalan tadi kepada amal fardhi kita sebelum ini. Adakah kita benar-benar menjaga amal mutabaah kita dengan sebaiknya?. Kerna yag sebetulnya amal mutabaah kita itulah yang akan menjaga kita dari buat benda-benda tak berfaedah.

Kekadang kita leka untuk menilai diri sendiri. Terasa berat untuk bangun malam berdoa dan mengadu  pada Allah. Mungkin juga disebabkan bertambahnya titik-titik hitam di hati bilamana wujudnya perasaan angkuh dan dengki. Lebih selesa menonton movie ke pagi dari bangun mengadap Ilahi.

"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."  [As-Sajadah:16]

Bukanlah juga untuk melemahkan semangat  juang yang membara. Sekadar check and balance sesama kita.
Allah kurniakan akal untuk berfikir, tetapi Allah juga kurniakan hati untuk menilai. Hati tanpa iman akan meyebabkan akal bermaharaja lela mencorak fikiran manusia.

Begitu juga dalam berorganisasi. Di sana wujud biro Aktiviti untuk mengatur plan dan strategi. tetapi kita juga wujudkan biro tarbiyah untuk mengurus soal pengisian hati dan ruhi. Kerna hidup kita perlu seimbang. Seimbang ruhi dan jasad begitu juga dunia dan akhirat. Pilihan di tangan kita untuk pilih kiri atau kanan, hitam atau putih, jalan ke Syurga atau ke neraka.

Sesungguhnya diri manusia itu senantiasa diselaputi oleh pelbagai penyakit yang tak dapat diubati kecuali dengan jalan mengasingkan diri, menghitung dan menghisab diri sendiri dengan bertaqarrab dengan Allah yang jauh dari suasana dunia yang penuh dengan sifat sombong, hasad dengki, bermegah-megah dan sukakan keduniaan.
-(Fiqh al-sirah 1)

Sekadar peringatan buat diri sendiri..







Sunday, 29 December 2013

JUMS Terakhir??

Bismillah

tak pasti macam mana hendak mulakan. tapi yang pasti JUMS kali ni adalah yg terbaik pernah aku sertai. bermula hanya sebagai peserta pada JUMS11, kemudian menjadi ajk pendaftaran bidang terjun utk JUMS12 dan menjadi Cam Com merangkap ketua ajk Aktiviti utk JUMS13.

dua faktor besar yang aku rasakan JUMS kali ini berjalan lancar:
1) Ajk yang komited dengan tugasan
2) Para peserta yang sporting dan komited dngan arahan.

Namun, semua ini kembali kepada pertolongan dari Allah yang memudahkan perjalanan program. timbul persoalan, adakah ini JUMS terakhir yang akan aku sertai?

InsyaAllah andai dikurniakan umur yang panjang, akan ku usahakan untuk datang semula bagi menyertai jums2 akan datang. pelbagai perasaan bercampur baur, bila mengenangkan akan pulang ke Malaysia tahun ini. Seronok, sedih, sebak. Sebak meninggalkan bumi Eropah yang banyak mengajar erti kehambaan pada diri ini. sedih meninggalkan sahabat-sahabat yang sama-sama menggerakkan dakwah di bumi eropah ini.

Sungguh, setiap yang bertemu itu pasti akan berpisah. bila ditanya, benda apa yang hg suka buat di sini? pasti akan ku jawab menghadiri program-program yang mengumpulkan ikhwah samada jums atau daurah. berkongsi cerita dan pengalaman. cerita-cerita mentajmik. pengalaman disapa tarbiyah. Sungguh, hanya mereka yang pernah laluinya akan merasai manisnya detik-detik ini. Bergelak ketawa, qiyam bersama, makan setalam..

Doakan diri ini terus kuat di Malaysia. Andai diri ini cuba memberi alasan utk dapatkan sedikit 'rehat' dari tarbiyah, ketuklah sekuat-kuatnya. Kerna ramai yang mengundurkan diri dari jalan dakwah ini bermula dengan alasan 'rehat' sebentar.

Moga ISMA UK-EIRE terus mara mengorak langkah menyantuni hati-hati rijal Eropah ke arah kesedaran Islam.
photo 1: sebahagian dari AJK JUMS13


photo 2: we share a dream :)


photo 3: Majlis cabutan bertuah JUMS13