Thursday 23 January 2014

Jika Diberi Pilihan, Mati yang Bagaimana Diinginkan?

Sepanjang attachment di hospital minggu ini, banyak menyedarkan diri soal kematian yang kekadang alpa dengan kesenangan dunia. Mula menghitung nikmat-nikmat yang Allah kurniakan setelah melihat mereka yang sudah hilang beberapa nikmat sama ada kesihatan, umur dan kebahagiaan. 

Kekadang dengan nikmat kesihatan yang baik, kita lupa yang kita akan diuji dengan penyakit. Dengan nikmat umur yang masih muda, kita lupa dengan masa-masa depan yang akan kita hadapi. Nikmat kebahagiaan bersama keluarga yang kita miliki sekarang, kekadang menyebabkan kita alpa akan kehilangannya.

Sungguh mati itu pasti seperti mana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 185,
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

Timbul persoalan, mati yang bagaimana diharapkan. 

"Ahmad, awak disyaki menghidap kanser paru-paru. dan mengikut jangkaan kami anda hanya punya 2 bulan sahaja lagi untuk hidup"
"Hashimah, penyakit leukemia kamu dah semakin kritikal. bilangan sel darah putih kamu menurun dengan mendadak sekali. mengikut jangkaan kami, kamu hanya mampu untuk meneruskan kehidupan dalam 40 hari sahaja lagi" 

Sekiranya kita berada di tempat Ahmad dan Hashimah, apa yang akan kita lakukan bagi mengisi baki kehidupan dunia yang tinggal. Antara yang terlintas mungkin;

1. Menghabiskan waktu2 terakhir kita bersama keluarga tercinta
2. menghabiskan waktu di surau atau masjid
3. travel ke seluruh dunia
4. meluahkan segala perasaan yang terpendam buat isteri, rakan2 dan keluarga
5. mencari kelab malam untuk berseronok sebelum masuk alam yang tidak seronok
6. menghabiskan hafazan alquran yang berbaki
7. travel seluruh negara dalam usaha memberi motivasi kepada pelajar, anak-anak dan juga ibu bapa
8. pergi ke Syria atau Palestin untuk berjihad

Dan mungkin banyak lagi keputusan lain yang bakal kita ambil. Maka bersyukurlah buat Ahmad dan Hashimah kerana paling tidak mereka dapat jangka bila Malaikat Izrail akan datang menyapa. Namun buat kita yang tidak dapat meneka kapan akan datang hari tersebut, pernah terbayangkah kita pengakhiran nanti bagaimana?

1. Atas kerusi roda
2. Lumpuh sampai ke sudah 
3. Kemalangan jalan raya
4. Kencing manis
5. Mati dlm perang??dengan siapa??
6. Jatuh bangunan
7. Sakit jantung
8. Dalam keadaan tidur yg tak bangun2

9. Jatuh bermain ski
10. Ketika sedang sujud di tikar sejadah

Wallahu A'lam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui soal hidup dan mati.

"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan" -[Al Waqiah:60]


Jika ditanya, kenapa Allah tak letak siap-siap 'expired date' kita so that mudah sikit nak plan. Pasti ada hikmah disebaliknya. Supaya kita tidak terus leka mengingati dan beribadat kepadanya. Maka menyesallah buat kita yang lalai dan alpa dalam menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya di atas muka bumi in.

"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan". Sekali-kali tidak! Sungguh itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan dihadapan mereka ada Barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan." - [Al Mukminun:99-100]

Menanti di Alam Barzakh - Far East

Sekadar peringatan bersama agar kita sentiasa merasai tanggungjawab sebagai seorang muslim. semoga kita peroleh husnul khotimah dalam kehidupan yang sebentar ini.

No comments:

Post a Comment