Saturday 15 March 2014

We Share A Dream

We share a dream..
Sebuah bulatan gembira yang bukan sahaja membicarakan soal manisnya ukhwah, tetapi turut menekankan betapa perlunya membentuk peribadi muslim yang  unggul kea rah melahirkan satu ummah yang punya agenda..

We share a dream
Menghimpunkan mereka yang punya keinginan dan kesedaran dalam mengetuk hati-hati insane di sekeliling mereka tanpa menghiraukan penat lelah dan wang ringgit.
Entry kali ini lebih bersifat penghargaan.

Penghargaan kepada mereka yang selama ini banyak membantu diri ini perbaiki diri sepanjang keberadaan di bumi Ireland.

AKMAL SHARUM
Seorang yang lemah lembut dalam berkata-kata namun tegas dalam setiap keputusannya. Pandangan pertama terhadap insan ini pasti menampakkan seorang yang serius tapi baik, garang tapi penyayang, tegas tapi bertempat. Seorang yang kemas dan tersusun baik dari segi penampilan mahupun dalam pengurusan organisasi.. Moga segala kebaikan yang dimiliki ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada jalan dakwah ini. ;)

HUZAIFAH ZULKIFLI:
Seorang sahabat yang punya impian dan cita-cita yang jauh kedepan. Meletakkan urusan dakwah dan tarbiyah melebihi urusan peribadi. Sembangnya penuh dengan perancangan membangunkan urusan dakwah di bumi Eropah. Bertemu seawal form 4 di Nadwah Kepimpinan, sudah menampakkan cirri-ciri kepimpianan yang  tinggi pada diri insane ini. Sifat ceria dan jernih wajahnya dapat mengikat hati-hati mutarabbi yang inginkan bimbingan dalam menempuh alam kehidupan

ADIB SAFWAN:
Insan mulia yang berhati tenang. Tenang dalam tingkah laku juga percakapan. Punya visi yang jelas dalam membawa perubahan diri dan masyarakat. Moga kehebatan yang ada dalam diri terus dimanfaatkan utk ummah. ;)

NAZWAN SHAH:
Seorang yang tak banyak berkata-kata. I mean kata-kata kosong. Namun jika diminta idea atau cadangan, nyata bernas sekali. Ikhwah yang bersungguh dalam menjalankan aktiviti, pakar dalam dealing dengan orang lain.

AHMAD HUSNI:
Sahabat baik, sehati sejiwa, semain bola, sesepak takraw, seusrah dan sebagainya. Hebat dalam akademik,juga hebat dalam bidang luar akademik.  Punya ciri dan peribadi yang menjadikan orang di sekeliling senang untuk duduk bersama. Jarang menunjukkan muka tidak puas hati. Jika beremosi sekadar mendiamkan diri. InsyaAllah  jika segala kelebihan yang dimiliki ini dimanfaatkan dengan seoptimum mungkin, pasti ramai hati-hati insane dapat disentuh kea rah membangun masyarakat dan ummah yang jelas hala tujunya. ;)

ZULHAIRY NAZRI:
Pendiam orangnya. Namun diamnya berisi. Aksi malam kebudayaan di jums11 nyata mengejutkan kami. J. Seorang sahabat yang cemerlang dalam akademiknya, juga cemerlang dalam menggerakkan persatuan dan organisasi. Andai ditanya siapa punya level kepercayaan paling tinggi, inilah dia sahabat yang dicari. Semoga segala kelebihan yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha membangunkan ummat yang sedang nyenyak tidur diulit mimpi.

FAEZUDDIN SHAMSUALHARIS:
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Sungguh besar jasa insan ini. Punya kesabaran yang tinggi dalam melayan pelbagai karenah kami sepanjang keberadaan di sini.. Seorang yang tegas dalam berlembut, penyayang dalam serius. Berperwatakan seorang ketua yang hebat dalam pengurusan dan organisasi. Sentiasa mengambil berat segala hal yang berlaku sambil cuba mencari jalan penyelesainnya. Seorang yang dapat menyelami jiwa dan perasaan walau kekadang berlainan character dan pola fikir..



Semoga terus tsabat menempuh liku2 hidup yang kekadang datang dalam pelbagai bentuk yg tidak disangka.. Boleh jadi ujian itu datang dengan hilangnya MH370, karenah Raja Bomoh, Konsert yang Membunuh dan sebagainya..