We share a dream..
Sebuah bulatan gembira yang bukan sahaja membicarakan soal
manisnya ukhwah, tetapi turut menekankan betapa perlunya membentuk peribadi
muslim yang unggul kea rah melahirkan
satu ummah yang punya agenda..
We share a dream
Menghimpunkan mereka yang punya keinginan dan kesedaran
dalam mengetuk hati-hati insane di sekeliling mereka tanpa menghiraukan penat
lelah dan wang ringgit.
Entry kali ini lebih bersifat penghargaan.
Penghargaan kepada mereka yang selama ini banyak membantu
diri ini perbaiki diri sepanjang keberadaan di bumi Ireland.
AKMAL SHARUM
Seorang yang lemah lembut dalam berkata-kata namun tegas
dalam setiap keputusannya. Pandangan pertama terhadap insan ini pasti
menampakkan seorang yang serius tapi baik, garang tapi penyayang, tegas tapi
bertempat. Seorang yang kemas dan tersusun baik dari segi penampilan mahupun
dalam pengurusan organisasi.. Moga segala kebaikan yang dimiliki ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya pada jalan dakwah ini. ;)
HUZAIFAH ZULKIFLI:
Seorang sahabat yang punya impian dan cita-cita yang jauh
kedepan. Meletakkan urusan dakwah dan tarbiyah melebihi urusan peribadi.
Sembangnya penuh dengan perancangan membangunkan urusan dakwah di bumi Eropah.
Bertemu seawal form 4 di Nadwah Kepimpinan, sudah menampakkan cirri-ciri
kepimpianan yang tinggi pada diri insane
ini. Sifat ceria dan jernih wajahnya dapat mengikat hati-hati mutarabbi yang
inginkan bimbingan dalam menempuh alam kehidupan
ADIB SAFWAN:
Insan mulia yang berhati tenang. Tenang dalam tingkah laku
juga percakapan. Punya visi yang jelas dalam membawa perubahan diri dan
masyarakat. Moga kehebatan yang ada dalam diri terus dimanfaatkan utk ummah. ;)
NAZWAN SHAH:
Seorang yang tak banyak berkata-kata. I mean kata-kata
kosong. Namun jika diminta idea atau cadangan, nyata bernas sekali. Ikhwah yang
bersungguh dalam menjalankan aktiviti, pakar dalam dealing dengan orang lain.
AHMAD HUSNI:
Sahabat baik, sehati sejiwa, semain bola, sesepak takraw,
seusrah dan sebagainya. Hebat dalam akademik,juga hebat dalam bidang luar
akademik. Punya ciri dan peribadi yang
menjadikan orang di sekeliling senang untuk duduk bersama. Jarang menunjukkan
muka tidak puas hati. Jika beremosi sekadar mendiamkan diri. InsyaAllah jika segala kelebihan yang dimiliki ini
dimanfaatkan dengan seoptimum mungkin, pasti ramai hati-hati insane dapat
disentuh kea rah membangun masyarakat dan ummah yang jelas hala tujunya. ;)
ZULHAIRY NAZRI:
Pendiam orangnya. Namun diamnya berisi. Aksi malam
kebudayaan di jums11 nyata mengejutkan kami. J.
Seorang sahabat yang cemerlang dalam akademiknya, juga cemerlang dalam
menggerakkan persatuan dan organisasi. Andai ditanya siapa punya level
kepercayaan paling tinggi, inilah dia sahabat yang dicari. Semoga segala
kelebihan yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha membangunkan ummat
yang sedang nyenyak tidur diulit mimpi.
FAEZUDDIN SHAMSUALHARIS:
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Sungguh besar jasa
insan ini. Punya kesabaran yang tinggi dalam melayan pelbagai karenah kami
sepanjang keberadaan di sini.. Seorang yang tegas dalam berlembut, penyayang
dalam serius. Berperwatakan seorang ketua yang hebat dalam pengurusan dan
organisasi. Sentiasa mengambil berat segala hal yang berlaku sambil cuba
mencari jalan penyelesainnya. Seorang yang dapat menyelami jiwa dan perasaan
walau kekadang berlainan character dan pola fikir..
No comments:
Post a Comment