Wednesday 15 January 2014

Marah tanda sayang..

Sambil minum kopi beserta cucur kodok ikan bilis, aku tercari-cari topik apa yang hendak disembangkan dengan abah. Aku suka mendengar cerita-cerita abah zaman kanak-kanak dia dulu. Lebih menarik kalau time sembang-sembang tu ada adik-beradik abah yang lain. Pasti lebih hidup suasana dia. Cerita tentang apa? Tak lain dan tak bukan garangnya tok wan aku dulu.

Hidup sebagai anak kampung pada era 70-an tidak dapat lari dari kerja-kerja kampung dalam membantu keluarga yang susah dengan membuat bendang (menanam padi), mengembala kerbau dan menjual buah pinang pada musimnya. Minat pasangan kembar (abah dan pak njang) terhadap bola sepak tidak dapat dipisahkan lagi. Cerita yang paling lekat di hati

Sambil-sambil menolong menjaga kerbau di bendang, abah dan Pak njang akan bersama kanak-kanak lain untuk main bola. 

"Tengah dok main bola sedap-sedap, tau-tau tok wan mai dah naik dari bendang. Dengan tangan sorok kat belakang. Ingatkan pegang apa. Nah ranting kayu. Apa lagi Menyirap ar belakang kami."

"Tak kan sampai tak boleh main langsung abah?"

"Pada pandangan orang tua-tua dulu, anak-anak ni kena tolong buat kerja ja. Bela lembu dan kerbau, cangkul bendang, ambik rumput. Mana boleh main-main bola macam ni. Dalam hati abah time tu, tak pa dapat anak nanti nak suruh main bola. Kalau tak dak kasut nak tolong beli lagi. Dendam punya pasai. haha"

"kalau orang mai rumah, kami budak-budak dulu mana boleh dok melangut macam ni. kena jegil macam nak tercabut bijik mata. kalau buat tak reti jugak, tunggu tetamu tu balik siap la.."

"Malam-malam jangan harap la nak boleh keluar nak lepak-lepak ka. Tau dengan dia, dia tunggu ja sampai balik. Kalau berlakon buat-buat tido pon, dia tibai semacam ja. Mak Lang dulu cerdik, tau dah buat salah. Awal-awal lagi pakai kain tebal-tebal. Kalau kena rotan tak la sakit sangat."

Yang bagusnya setiap kali abah cerita kisah kegarangan tok wan dulu, pasti dia akan kata

"Nasib baik tok wan buat macam tu kat kami dulu. kalau tak, tak pasti nak jadi pa. Dengan ada yang terjebak kes dadah, curi dan segala bagai lagi.."

Sebab tu tak hairan la kalau abah turut mewarisi serba-sedikit sifat cengir ni.. Pernah kak kena lumuq cili kat mulut sebab larang tak reti.. Masa tu dia baru 6 tahun. Pergh cuak aku yang tengok ni.. 

Bila dilihat semula pada generasi muda kini yang nampak seolah keras kepala, tiada hormat pada ibu bapa. Mungkin ada salah pada didikan awal ibu bapa. Terlalu mengikut kehendak anak-anak tanpa ada sebarang ketegasan. Maka tak hairanlah cerita-cerita 'Anakku Sazali' kerap terjadi. Tak berani untuk bertegas.

Jika dulu, anak-anak akan dipersalahkan sekiranya ada masalah akademik atau disiplin di sekolah. Silap hari bulan si anak akan dihukum di depan guru oleh ibu bapa yang hadir. Kini? Anak-anak dengan mengadanya menyalahkan guru-guru bila didenda. Guru-guru pula yang dipersalahkan.

salah satu reality tv show di England 

"Bertegas ada paksinya. Marah bukan tanda benci tapi sayang. Kalau dengar cakap takkan mak nak marah. Kalau mak tak sayang, mak akan biar ja nak buat apa pun"- ayat pujuk mak lepas kena marah.




 

No comments:

Post a Comment