Monday 6 January 2014

Da'ie yang SIBUK

Da'ie kini kelihatan begitu sibuk

Sibuk
memikirkan masalah umat yang tak henti,
mengatur program dan aktiviti,
bekerja dari pagi hingga bertemu pagi,
dalam melayan karenah anak dan isteri

Da'ie kini
Disibukkan lagi dengan isu sensasi,
Antara gaji dan sesuap nasi,
Hingga jarang sekali 'bertemu' Ilahi,
menyendiri memikirkan soal mati,

Diharukan lagi bila
Gemar mencari titik perbezaan dari persamaan,
kekadang berbalah bagai nak perang,
hingga tak kenal mana musuh mana lawan,
silap-silap keluar segala pisau dan pedang.

Bukanlah untuk menafikan segala bentuk kesibukan yang membawa ke arah kebaikan. Cuma kekadang kita lupa untuk bersendirian bertaqarrab dengan Allah menginsafi kelemahan diri, menghitung amal baik dan jahat kita. Kekadang ada yang mempersoal, kenapa dalam kesibukan kita beraktiviti tapi rasa hati masih kering?

Maka kembalikan persoalan tadi kepada amal fardhi kita sebelum ini. Adakah kita benar-benar menjaga amal mutabaah kita dengan sebaiknya?. Kerna yag sebetulnya amal mutabaah kita itulah yang akan menjaga kita dari buat benda-benda tak berfaedah.

Kekadang kita leka untuk menilai diri sendiri. Terasa berat untuk bangun malam berdoa dan mengadu  pada Allah. Mungkin juga disebabkan bertambahnya titik-titik hitam di hati bilamana wujudnya perasaan angkuh dan dengki. Lebih selesa menonton movie ke pagi dari bangun mengadap Ilahi.

"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."  [As-Sajadah:16]

Bukanlah juga untuk melemahkan semangat  juang yang membara. Sekadar check and balance sesama kita.
Allah kurniakan akal untuk berfikir, tetapi Allah juga kurniakan hati untuk menilai. Hati tanpa iman akan meyebabkan akal bermaharaja lela mencorak fikiran manusia.

Begitu juga dalam berorganisasi. Di sana wujud biro Aktiviti untuk mengatur plan dan strategi. tetapi kita juga wujudkan biro tarbiyah untuk mengurus soal pengisian hati dan ruhi. Kerna hidup kita perlu seimbang. Seimbang ruhi dan jasad begitu juga dunia dan akhirat. Pilihan di tangan kita untuk pilih kiri atau kanan, hitam atau putih, jalan ke Syurga atau ke neraka.

Sesungguhnya diri manusia itu senantiasa diselaputi oleh pelbagai penyakit yang tak dapat diubati kecuali dengan jalan mengasingkan diri, menghitung dan menghisab diri sendiri dengan bertaqarrab dengan Allah yang jauh dari suasana dunia yang penuh dengan sifat sombong, hasad dengki, bermegah-megah dan sukakan keduniaan.
-(Fiqh al-sirah 1)

Sekadar peringatan buat diri sendiri..







No comments:

Post a Comment