Tuesday 26 March 2013

Oh Tulang Rusukku..

test test...

tengok tajuk pon geleng kepala dah *facepalm.

Bismillahirrahmanirrahim..



'wei mat hg dah ada marka belum? xkan single lagi kot'
'enta bila nak kawin. jangan tunggu lama sangat akhi'
'dah isi borang belum syeikh'
Antara soalan-soalan yang mungkin terkena pada sesetengah dari kita. Almaklum la umur pon dah layak kahwin dah.

pesan seorang ustaz,

" orang yang punya agenda yang besar, dia akan betul-betul fikir dan ambil berat soal isu perkahwinan"

Ustaz Don pula pernah berkata,

"Orang yang fikir soal perkahwinan, dia akan mula berfikir bagaimana untuk nak cari duit, pekerjaan, kereta dan rumah. tapi orang yang fikir nak cari duit dulu, dia akan disibukkan dengan kereta mewah, banglo besar sebelum memikirkan soal kahwin."

Entry kali ini tidaklah akan menyentuh isu kahwin itu secara khusus tapi lebih kepada sikap kita terhadap isu kahwin. Perlu untuk kita berfikir soal masa depan. Namun usahlah jadi ANGAU..

'ana sedang menanti tulang rusuk ana yang Allah pisahkan buat sementara waktu'
'hadirku sebagai mujahidah adalah pelengkap buat mu mujahid'
Menyampah tak tengok status-status sebegini. lebih-lebih lagi keluar dari mulut kader2 dakwah.
Yes, tak salah untuk berfikir soal kahwin, tetapi jangan ANGAU!!

Kekadang golongan anak muda kini digedikkan oleh drama2 islamik sekolah agama, novel2 cintan-cintun dan bermacam-macam lagi..

Bila ditekankan untuk fikir soal perkahwinan, perkara utamanya ialah persediaan kita untuk menghadapi perkahwinan tersebut.

Mana mungkin untuk menjadi seorang 'imam' kalau bacaan al-quran masih tergagap
Mana mungkin untuk menjadi seorang 'imam' kalau subuh pun digajah-gajahkan
Mana mungkin untuk menjadi seorang 'imam' kalau prestasi akademik dialah yang tercorot
Mana mungkin untuk menjadi seorang 'imam' kalau dengan mak ayah pon tiada hormat.

mana mungkin, mana mungkin!!!!

Perlu untuk kita bersedia dengan erti kata memperbaiki diri kita sendiri. Andai diri dikenali sebagai seorang yang tidak terurus, maka urus-uruskanlah. Mantapkan diri dengan ilmu2 agama. Kerapkan diri hadir solat berjemaah. Study jangan main-main. Kalau dah bekerja, bekerja juga jangan main-main.

Perkara kedua barulah difikirkan tentang pasangan. Andai punya agenda yg lebih besar, kita akan betul2 fikirkan dengan siapa kita akan kahwin, ciri2 dia bagaimana. Andai aku kahwin dengan dia, perjalanan dakwah &tarbiah ini akan terus maju atau sebaliknya. bukan hanya sekadar rupa.

Kalau rasa diri belum bersedia, usah menggedikkan diri. bersedia dengan memperbaiki diri itu adalah jauh lebih baik daripada angau seorang diri..

 -selingan video matlutfi

Friday 22 March 2013

el clasico..

bola sepak::

main bola dan tonton bola adalah dua perbuatan berbeza.. paling seronok boleh tengok bola kalau team2 heybat main.. contoh game el clasico (siapa yg xtau, game ni menemukan Barca dan Real Madrid :P )..

macam2 drama dan aksi akan berlaku. bergaduh benda biasa. card merah boleh kata wajib ada setiap match.. tak bertegur siapa antara team lain something yg normal. ramos selalu ja tackle iniesta.. alonso pernah gaduh ngan puyol. mcm2 lagi ragam..

tapi bila mereka dalam team spanyol, mereka dapat ketepikan segala bagai permusuhan yg berlaku dlm game el clasico. kalau jordi alba score, semua pasti meraikan termasuk iker casilas.. even torres score pon pasti semua akan meraikan..

baguskan dapat lupakan sebentar sengketa yg berlaku demi maslahah yg lebih besar.. begitu juga dengan parti politik mlysia. dalam bertikam lidah membicarakan manifesto masing2, bila sampai isu yg meibatkan NEGARA,ISLAM dan UMMAT, ketepikan sebentar sengketa2 tersebut.. utamakan yg lebih utama..

#pesanan termasuk segala bagai persatuan, organisasi, kumpulan, kroni, jemaah, parti potik..

Sunday 17 March 2013

sesekali perlu juga diketuk

Belajar di sebuah sekolah Agama kekadang merasakan diri seolah telah menjadi seorang yang hebat dalam ilmu agama. terasa juga seperti seorang abid di malam hari. dipandang mulia pada pandangan pakcik- pakcik di kampung.

"itu kan anak pak Mail yg dok ngaji kat sekolah Agama ABC tu kan? untung la pak Mail tu, dapat anak-anak yang soleh" bisik Pak Seman kepada Pak Ali.

Begitulah apa yang dirasakan dalam diriku yang kini sedang menuntut di Sekolah Menengah Agama ABC..

Pada masa yang lain,aku terasa seperti akulah ahli agama yang maha mengetahui segalanya walhal baru setahun jagung bercakap Arab, ber'ana-enta' dan sebagainya lagi yang menzahirkan tingginya nilai-nilai agama dalam diriku.

"Kamal malam ni pak cik nak buat tahlil sikit kat rumah. Kamal tolong leadkan boleh.?" pinta pak cik Saleh
bermacam-macam lagi harapan orang-orang kampung yang pandang aku sebagai seorang yang maha dahsyat ilmu agamanya..

Disebalik semua pandangan-pandangan positif terhadap aku, banyak perkara orang kampung tidak nampak dalam diriku. aku mungkin hebat dalam mengalunkan alunan zikir-zikir, membaca al-quran, berpakaian serban dan jubah dan sebagainya. Namun di sebalik semua itu, amalku tidak seberapa. Bersolat sendirian, jauh sekali untuk berjemaah di masjid. handset tidak lekang di tangan, mesej cintan-cintun, layan movie sampai pukul 2 pagi, movie korea pulak tu.. Aahhh.. banyaknya jahiliah dalam diri disebalik topeng agama yg aku pakaikan..-aku bermonolog sendirian

Setelah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR, aku ditawarkan ke sebuah Sekolah Berasrama Penuh. disebabkan aku berlatarbelakangkan sekolah agama, aku telah dilantik menjadi salah seorang ahli BADAR yang bertindak sebagai 'pengawas' dalam hal urusan agama islam para pelajar. terus merasakan seolah akulah 'malaikat' yang akan mengawal gerak geri para pelajar sekolah.

Akulah yang akan menangkap andai mereka kantoi berkhalwat. akulah yang akan memerli mereka andai ada yang beriadah tanpa menutup aurat dengan sempurna, akulah imam tetap di surau sekolah, aku, aku dan semuanya berkaitan dengan aku... setiap kali bertemu dengan pelajar 'marhaen', merekalah yang akan memberi salam kepadaku terlebih dahulu..

Namun perasaan itu terus merubah pada perjumpaan BADAR yang pertama. kami dipanggil untuk sama-sama merefleksi diri. berdiri Sang President dengan suara yang tegas berkata.

'Siapa di sini yang solat berjemaah di Masjid apabila pulang ke rumah?'

ada 2 atau 3 orang yang angkat tangan

'Siapa di sini yang bebas diri dia dari berkapel??

tidak juga aku yang angkat tangan.

'Siapa di sini yang rasa dia betul-betul ikhlas menegur orang untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik, bukan untuk menampakkan dirinya lebih baik??

juga bukan aku yang mengangkat tangan..

'habis tu kenapa korang beria sangat nak jadi BADAR? nak dikenali sebagai orang yang bergama? nak orang tunduk hormat? Solat pon acah tak acah, macam mana nak betulkan orang lain punya solat? besar tanggungjawab kita pada pelajar lain......'

termenung aku sendirian selepas sesi refleksi tersebut. Apatah lagi untuk menggerakkan gerabak dakwah ini yang memerlukan kesungguhan dan keikhlasan yang betul-betul menguji jati diri.

***

"Ohoi Kamal, jauh benor merenungnya.Kata nak pergi ziarah pelajar baru.. bila nak gerak?"
tegur Habib,

"tak jauh mana pon. baru sampai Jordan, ko dah tegur. kalau tak dah sampai Malaysia.. hehe. jom, gerak sekarang"

'ketukan' 6 tahun lalu masih terasa bengkaknya. Kali ini terlibat pula dalam gerabak dakwah dan tarbiah. lagi berat tanggungjawabnya..

Wednesday 6 March 2013

umrah summer 2013



ISMA Eropah dengan kerjasama hajiumrah.com akan menganjurkan pakej Umrah Summer 2013 pada 3-13 Jun 2013. Pakej ini dibuat sebagai inisiatif bagi membuka peluang kepada penuntut di Eropah khususnya di UK&Ireland yang berhajat untuk menunaikan ibadah umrah. berikut adalah pakej perjalanan yang ditawarkan.

1. LONDON-JEDDAH-KUALA LUMPUR-LONDON. pakej ini sesuai bagi mereka yang berkeinginan untuk pulang bercuti di malaysia. cadangan perjalanan adalah seperti berikut
-London->Jeddah: 3 Jun 2013
-Jeddah-> Kuala Lumpur: 13 Jun 2013
-Kuala Lumpur-> London: 1 September 2013
#anggaran kos adalah 1300 pound (bergantung kepada harga tiket penerbangan)

2. LONDON-JEDDAH-LONDON. Pakej ini sesuai bagi mereka yang tidak berkeinginan untuk pulang ke Malaysia. cadangan perjalanan adalah seperti berikut:
-London->Jeddah: 3Jun 2013
-Jeddah->London: 13 Jun 2013
#anggaran kos adalah 950 pound (tertakluk kepada harga tiket penerbangan)


 Berikut perincian untuk umrah musim bunga 2011:

  • Tarikh: 3-13 Jun (~10 nights), termasuk; 
  • ~3 nights di madinah+~6/7 nights di Meka
  • pengangkutan 
  • Makanan 3x /day 
  • Umrah Visa 
  • Ziarah 
  • penginapan 
  • free Zamzam 10 liter/person 
Jumlah penyertaan adalah terhad kepada 35 orang sahaja. Pendaftaran akan ditutup pada 10/3/2013. daftar segera sebelum terlambat.  sila daftar di sini https://docs.google.com/forms/d/10VICi-zdMpZ9_tC4rdGDMDe2_lTLNxsVwsCwXhQvml0/viewform?sid=13cd43fab2ad00c5&token=aSZ32zwBAAA.7idhSDn3z7G_6vguUGcjjg.1uV0Smbc-2bBOTBWnRB_8A 

untuk maklumat lanjut boleh hubungi;
 MOHD AZUAN ABDULLAH
 UCD 2nd Year 
+353852304150
 mohdazuan91@gmail.com