Thursday, 11 April 2013

coretan buat sang abah..

pertama-tamanya ingin mohon maaf sebab entry kali ni berbunyi agak personal.

selalunya orang hanya akan menyedari dan meluahkan segala kebaikan bila seseorang sudah tiada lagi. menyedari hakikat ini, aku ambil kesempatan untuk menukilkan segala perasaan yang terpendam buat abah. mungkin abah akan dapat baca mungkin juga tidak. agar suatu hari nanti aku tidak menyesal seperti orang lain.. :)

menulis sambil layan lagu Ayah nyanyian Aeman cukup buat aku emosi sikit malam ni.. ;)

Sebagai anak lelaki, aku terpaksa mengaku yang aku agar sukar untuk berceloteh panjang dengan abah. sebab paling utama mungkin sikap semulajadi abah yang agak pendiam, jarang mengeluarkan kata-kata kosong. tapi bila keluar, ada sebab la kenapa. sebab paling utama 'ada buat salah la' :)

Aku tidak malu untuk memperkenalkan diri aku yang 'sebenar' bila berta'ruf dengan sesiapa sahaja. Aku tidak malu untuk mengaku Abah aku penoreh getah, bahkan aku bangga. dengan setiap titisan getah yang busuk itulah menyara aku selama ini sehingga aku berdiri di mana aku berdiri sekarang. Bahkan, kesedaran inilah yang sering memotivasikan aku dulu.

"Azuan, buat yang terbaik dalam SPM nanti. Azuan lah harapan keluarga sekarang" pesan Cikgu Rashid selaku mentor di Saina dulu..

"Azuan, sekarang sudah selangkah ke oversea, jangan hampakan harapan mak abah.." sekali lagi mendapat kata2 semangat dari Mentor yang lain di KMB, Puan Azhana Mohamad.
berbalik kepada cerita abah, jarang sekali dia menghampakan anak-anaknya. Biar kekadang kesulitan duit, bila mendengar rengekan anak-anak yang nak makan burger, dia akan mencari syiling2 yang tersimpan di atas bendul tingkap dan keluar dengan 'Honda 70' yang hanya diterangi lampu torchlight untuk menggembirakan anak-anaknya. habuk masuk mata...

seperti kanak-kanak ribena kampung lain, aku turut terikut dengan rentak rakan-rakan yang lain. Bila sampai musim main gasing, abah akan mencari kayu untuk buat gasing buatan sendiri. membuatkan aku terpegun sendiri. bila sampai musim main wau, abah jugalah yang akan layan karenah anaknya ini.. dia akan cari buluh dan terus buat rangka wau mengikut jenis yang dikehendaki. Sikap abah ini membuatkan beliau turut disenangi oleh rakan-rakan sekampung ku yang lain.

Setiap kali abah menceritakan kisah hidupnya dulu, pasti kami (mak dan adik-beradik yang lain) akan terdiam dan sering juga 'pedih mata'. Abah bukanlah seorang yang lemah dalam akademik, tapi faktor kemiskinan yang ditambah dengan sikap tidak pentingkan pendidikan masyarakat dulu, menyebabkan abah terpaksa berhenti sekolah pada usia 13 tahun. Tolong keluarga yang ramai dengan menoreh getah pada usia 13 tahun.

"abah dulu bawa sekupang ja gi sekolah. tu pon kena share 3 orang (dengan mak cik dan pak njang). Bila minta duit kat tok wan (dulu), dia akan kata 'huh, ingat aku cop duit!!" antara cerita abah pada kami.

Disebabkan sejarah abah dulu, dia begitu menitikberatkan perihal sekolahku. agar aku tidak merasai apa yang dia rasai. aku masih ingat bila abah hantar aku balik ke asrama. disebabkan baju hujan ada satu, abah bagi aku ja yang pakai. dia?? basah dalam kesejukan la.. habuk masuk mata lagi..

Disebabkan sikap abah yang agak pendiam, dia jarang untuk menjawab telefon bila anak2 kol. selalunya mak yang jawab. mak akan cerita, 'bila wan telefon abah akan duduk dekat-dekat nak dengar suara anak dia.'

mak selalu kata, abah tu susah nak luahkan apa yang dia rasa, tapi boleh tengok sikap dia. bila tahu anak2 nak balik kampung (cuti sekolah, balik dari asrama), dia akan tangkap siap2 ayam kampung yang dibelanya. Sebab dia tahu anak-anak dia suka makan masak lemak ayam kampung. bahkan mengetahui yang aku akan balik bulan 6 nanti, telah siap ditenungnya mana satu ayam kampung yang akan disimpan nanti..

cukuplah dulu coretan buat kali ni untuk abah. orang mungkin persoalkan,

 "pasai pa hg tulis kat sini? awat tak luahkan ja kat abah hg??"
maka aku jawab,
1. sebab aku memang fail bab2 luah face to face ni.. hehe
2. sebab ia akan kekal. biar aku sudah tiada sekali pon, abah, dan mungkin adik-beradik yang lain dapat baca apa luahan aku pada abah yang aku sayangi" -.-
*selingan muzik untuk menambahkan lagi emosi anda. :P

Friday, 5 April 2013

Tevez VS Ronaldo

Antara TEVEZ vs Ronaldo:






cerita tentang bola. orang yg tak minat bola mungkin kurang mengenali dua pemain ini.. kedua-duanya adalah bekas pemain bola sepak kelab Manchester United. menjalani latihan bersama Sir Alex Ferguson. pemain penyerang yg sangat digeruni lawan. Namun terdapat perbezaan pada era perpindahan kedua-dua pemain ini.

Tevez berpindah ke kelab Manchester City, seteru no 1 Man U. tapi, sikapnya begitu menjelikkan bagi peminat2 Man U apabila beliau pernah mengutuk dan mengaibkan bekas jurulatihnya Alex Ferguson. tindakkannya tidak ubah seperti kacang lupakan kulit yg kemudian memamah pula kulit2 tadi.

berlainan pula dengan Pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo yg berpindah ke Real Madrid. Beliau tetap menghormati bekas jurulatihnya Sir Alex Ferguson walau berlainan wadah. sungguhpon beliau menjaringkan gol ketika menentang Manchester United, beliau tidak meraikannya dengan berlebih-lebih kerana menghormati penyokong Man U yg suatu ketika dahulu merupakan penyokongnya juga..

Kesimpulannya, hormatilah semua orang sungguhpon dahulu kamu bersama A, tapi kini bersama B. begitu juga sebaliknya.

#pilihan ada pada kita untuk memilih samada menjadi Tevez atau Ronaldo..