Sunday 29 December 2013

JUMS Terakhir??

Bismillah

tak pasti macam mana hendak mulakan. tapi yang pasti JUMS kali ni adalah yg terbaik pernah aku sertai. bermula hanya sebagai peserta pada JUMS11, kemudian menjadi ajk pendaftaran bidang terjun utk JUMS12 dan menjadi Cam Com merangkap ketua ajk Aktiviti utk JUMS13.

dua faktor besar yang aku rasakan JUMS kali ini berjalan lancar:
1) Ajk yang komited dengan tugasan
2) Para peserta yang sporting dan komited dngan arahan.

Namun, semua ini kembali kepada pertolongan dari Allah yang memudahkan perjalanan program. timbul persoalan, adakah ini JUMS terakhir yang akan aku sertai?

InsyaAllah andai dikurniakan umur yang panjang, akan ku usahakan untuk datang semula bagi menyertai jums2 akan datang. pelbagai perasaan bercampur baur, bila mengenangkan akan pulang ke Malaysia tahun ini. Seronok, sedih, sebak. Sebak meninggalkan bumi Eropah yang banyak mengajar erti kehambaan pada diri ini. sedih meninggalkan sahabat-sahabat yang sama-sama menggerakkan dakwah di bumi eropah ini.

Sungguh, setiap yang bertemu itu pasti akan berpisah. bila ditanya, benda apa yang hg suka buat di sini? pasti akan ku jawab menghadiri program-program yang mengumpulkan ikhwah samada jums atau daurah. berkongsi cerita dan pengalaman. cerita-cerita mentajmik. pengalaman disapa tarbiyah. Sungguh, hanya mereka yang pernah laluinya akan merasai manisnya detik-detik ini. Bergelak ketawa, qiyam bersama, makan setalam..

Doakan diri ini terus kuat di Malaysia. Andai diri ini cuba memberi alasan utk dapatkan sedikit 'rehat' dari tarbiyah, ketuklah sekuat-kuatnya. Kerna ramai yang mengundurkan diri dari jalan dakwah ini bermula dengan alasan 'rehat' sebentar.

Moga ISMA UK-EIRE terus mara mengorak langkah menyantuni hati-hati rijal Eropah ke arah kesedaran Islam.
photo 1: sebahagian dari AJK JUMS13


photo 2: we share a dream :)


photo 3: Majlis cabutan bertuah JUMS13

Sunday 15 December 2013

Halatuju selepas SPM

" Salam Abang, bila kena isi borang Scholar?"

" Bro, lepas Spm nak buat apa? takut juga kalau2 terlepas borang2 penting ni. selalu keluar bila?

" Hang dulu isi borang apa sampai boleh buat Medik kat Ireland?"

Antara soalan-soalan dari adik-adik yang masuk dalam inbox fb kebelakangan ini.. Almaklum, SPM baru habis tinggal tunggu result sahaja lagi. Terdetik dihati untuk berkongsi pengalaman peribadi dalam mengharungi alam 'isi borang' ni..

Kebanyakan borang-borang Scholar/upu/maktab keluar selepas keputusan SPM diumumkan. contohnya UTP ada membuat pengambilan selepas peperiksaan SPM berdasarkan result trial SPM. begitu juga dengan JPA yang menghantar ke Jepun, SimeDarby dan mungkin banyak lagi yang aku tak ketahui..

Menceritakan pengalaman peribadi, selepas 2 minggu tamat peperiksaan SPM, 'alhamdulillah' aku mendapat tawaran ke Program Latihan Khidmat Negera (PLKN) di Kem Sri Impian, Sungai Bakap Penang . Mungkin ramai yang mendoakan agar tak dapat masuk PLKN, tapi pada aku pengalamannya sangat bermanfaat andai betul-betul positifkan diri dengan segala program yang dijalankan..

Program PLKN tamat sehari sebelum result SPM keluar. yang pasti 'botak' dan 'hitam' itu tak dapat nak dielakkan. Hanya mampu berkopiah ke SMS Pokok Sena kononnya nak cover kepala yang botak ;). Alhamdulillah berkat usaha dan doa dari mak abah dan guru-guru, aku mendapat result yang membolehkan aku untuk mengisi borang-borang yang berkaitan.

Bagi menjawab soalan borang apa yang perlu diisi? Pendek kata aku isi semua borang-borang yang keluar. Dari biasiswa MARA, UPU, Matrik, dan Maktab.. Alhamdulillah aku dipanggil untuk diinterview oleh MAKTAB dan MARA. Untuk Maktab, aku dipanggil interview dibawah program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) dalam  subjek Matematik di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH) untuk belajar ke luar Negara. Namun, tiada rezeki untuk aku melangkah menjadi guru.

Kemudian, aku bersama ibu turun ke Jalan Raja Laut untuk interview MARA dibawah Program Tajaan Luar Negara. Macam mana dengan interview? jangan ditanya. Cuak Bai. Bila tak melazimi bahasa Inggeris memang mencabar untuk diinterview. Tapi alhamdulillah, Allah murahkan rezeki..

Waktu paling kritikal ialah ketika menunggu respon samada tawaran diterima atau tidak. Alhamdulillah setelah sekian menunggu, Surat tawaran untuk ke Matrikulasi Perak tiba dirumah. Namun hati masih belum puas kerna surat yang dinanti belum sampai. Dua minggu sebelum pendaftaran Matrik, Surat UPU sampai untuk sambung belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).. Nyata bukan aku seorang sahaja gelisah, mak dan abah juga turut mengikuti perkembangan aku.

Dua minggu sebelum pendaftaran UIA jawapan yang dinanti akhirnya sampai. Aku ditawarkan oleh MARA untuk menyambung dalam Diploma International Baccalaureate (IB) di Kolej Mara Banting (KMB).Dengan pelbagai gambaran dan cerita aneh berkaitan IB dan KMB, akhirnya aku jejakkan kaki juga pada 22 Jun 2009.

Sekali lagi waktu kritikal berlaku, bila orang2 di kampung kerap menanyatakan soalan2 seperti

'Dengaq kata dapat fly. kemana?'

'bila fly?. Uni mana?'

Hampir dua tahun soalan2 seperti ini bermain di hujung2 telinga. Hanya mereka yang pernah berada di Kolej persediaan yang pernah merasinya. Betapa kelunya lidah untuk menjawab.  :)

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan IB dengan pointer yang melayakkan aku untuk menyambung dalam bidang perubatan di UCD, Ireland.Aku mendapat program Twinning UCD-PMC (penang) dimana untuk 2.5 tahun pertama di UCD dan 2.5 tahun terakhir tamat di PMC Penang

Dan kini aku baru selesai Exam Sem 5, tahun ketiga di UCD. InsyaAllah akan pulang ke Penang untuk menyambung baki 2.5 tahun berikutnya pada awal March nanti.. Sungguh, perjalan masih jauh untuk bergelar seorang doktor.

....

Sungguh, bukanlah untuk bermegah dengan menceritakan kisahku ini. Kerna perjalanan masih jauh. Takut juga kalau-kalau ia berjalan tidak seperti yang diharapkan. Hanya mampu berdoa

Buat adik-adik yang tengah serabut memikirkan borang apa yang perlu diisi. Nasihat aku, isi sahaja semua borang yang keluar. jangan terlalu memilih kerna saingan kini terlalu besar. Plus, sedar akan potensi kita.

Buat waktu sekarang, andai tidak mendapat tawaran ke PLKN, manfaatkanlah waktu yang ada. Tolong mak abah, pergi Pondok, mengajar tuisyen, ambik lesen motor/kereta. banyakkkan berdoa insyaAllah

Coretan ini tak valid untuk semua orang, tapi mungkin berguna untuk sesetengah orang..  Semoga waktu yang ada dapat dimanfaatkan sebaiknya.


                                       sekadar menaikkan motivasi ;).. london 2011