Sunday 15 December 2013

Halatuju selepas SPM

" Salam Abang, bila kena isi borang Scholar?"

" Bro, lepas Spm nak buat apa? takut juga kalau2 terlepas borang2 penting ni. selalu keluar bila?

" Hang dulu isi borang apa sampai boleh buat Medik kat Ireland?"

Antara soalan-soalan dari adik-adik yang masuk dalam inbox fb kebelakangan ini.. Almaklum, SPM baru habis tinggal tunggu result sahaja lagi. Terdetik dihati untuk berkongsi pengalaman peribadi dalam mengharungi alam 'isi borang' ni..

Kebanyakan borang-borang Scholar/upu/maktab keluar selepas keputusan SPM diumumkan. contohnya UTP ada membuat pengambilan selepas peperiksaan SPM berdasarkan result trial SPM. begitu juga dengan JPA yang menghantar ke Jepun, SimeDarby dan mungkin banyak lagi yang aku tak ketahui..

Menceritakan pengalaman peribadi, selepas 2 minggu tamat peperiksaan SPM, 'alhamdulillah' aku mendapat tawaran ke Program Latihan Khidmat Negera (PLKN) di Kem Sri Impian, Sungai Bakap Penang . Mungkin ramai yang mendoakan agar tak dapat masuk PLKN, tapi pada aku pengalamannya sangat bermanfaat andai betul-betul positifkan diri dengan segala program yang dijalankan..

Program PLKN tamat sehari sebelum result SPM keluar. yang pasti 'botak' dan 'hitam' itu tak dapat nak dielakkan. Hanya mampu berkopiah ke SMS Pokok Sena kononnya nak cover kepala yang botak ;). Alhamdulillah berkat usaha dan doa dari mak abah dan guru-guru, aku mendapat result yang membolehkan aku untuk mengisi borang-borang yang berkaitan.

Bagi menjawab soalan borang apa yang perlu diisi? Pendek kata aku isi semua borang-borang yang keluar. Dari biasiswa MARA, UPU, Matrik, dan Maktab.. Alhamdulillah aku dipanggil untuk diinterview oleh MAKTAB dan MARA. Untuk Maktab, aku dipanggil interview dibawah program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) dalam  subjek Matematik di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH) untuk belajar ke luar Negara. Namun, tiada rezeki untuk aku melangkah menjadi guru.

Kemudian, aku bersama ibu turun ke Jalan Raja Laut untuk interview MARA dibawah Program Tajaan Luar Negara. Macam mana dengan interview? jangan ditanya. Cuak Bai. Bila tak melazimi bahasa Inggeris memang mencabar untuk diinterview. Tapi alhamdulillah, Allah murahkan rezeki..

Waktu paling kritikal ialah ketika menunggu respon samada tawaran diterima atau tidak. Alhamdulillah setelah sekian menunggu, Surat tawaran untuk ke Matrikulasi Perak tiba dirumah. Namun hati masih belum puas kerna surat yang dinanti belum sampai. Dua minggu sebelum pendaftaran Matrik, Surat UPU sampai untuk sambung belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).. Nyata bukan aku seorang sahaja gelisah, mak dan abah juga turut mengikuti perkembangan aku.

Dua minggu sebelum pendaftaran UIA jawapan yang dinanti akhirnya sampai. Aku ditawarkan oleh MARA untuk menyambung dalam Diploma International Baccalaureate (IB) di Kolej Mara Banting (KMB).Dengan pelbagai gambaran dan cerita aneh berkaitan IB dan KMB, akhirnya aku jejakkan kaki juga pada 22 Jun 2009.

Sekali lagi waktu kritikal berlaku, bila orang2 di kampung kerap menanyatakan soalan2 seperti

'Dengaq kata dapat fly. kemana?'

'bila fly?. Uni mana?'

Hampir dua tahun soalan2 seperti ini bermain di hujung2 telinga. Hanya mereka yang pernah berada di Kolej persediaan yang pernah merasinya. Betapa kelunya lidah untuk menjawab.  :)

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan IB dengan pointer yang melayakkan aku untuk menyambung dalam bidang perubatan di UCD, Ireland.Aku mendapat program Twinning UCD-PMC (penang) dimana untuk 2.5 tahun pertama di UCD dan 2.5 tahun terakhir tamat di PMC Penang

Dan kini aku baru selesai Exam Sem 5, tahun ketiga di UCD. InsyaAllah akan pulang ke Penang untuk menyambung baki 2.5 tahun berikutnya pada awal March nanti.. Sungguh, perjalan masih jauh untuk bergelar seorang doktor.

....

Sungguh, bukanlah untuk bermegah dengan menceritakan kisahku ini. Kerna perjalanan masih jauh. Takut juga kalau-kalau ia berjalan tidak seperti yang diharapkan. Hanya mampu berdoa

Buat adik-adik yang tengah serabut memikirkan borang apa yang perlu diisi. Nasihat aku, isi sahaja semua borang yang keluar. jangan terlalu memilih kerna saingan kini terlalu besar. Plus, sedar akan potensi kita.

Buat waktu sekarang, andai tidak mendapat tawaran ke PLKN, manfaatkanlah waktu yang ada. Tolong mak abah, pergi Pondok, mengajar tuisyen, ambik lesen motor/kereta. banyakkkan berdoa insyaAllah

Coretan ini tak valid untuk semua orang, tapi mungkin berguna untuk sesetengah orang..  Semoga waktu yang ada dapat dimanfaatkan sebaiknya.


                                       sekadar menaikkan motivasi ;).. london 2011

1 comment: