Tuesday 22 October 2013

Allah..

Allah..
dah bersawang dah blog nih. bagi membuang sawang yg ada, terdetik utk memperkatakan sesuatu yg hangat diperkatakan sekarang. kalimah "Allah". Satu nama yang kerap kita sebut tak kira dalam apa jua keadaan samada tengah gembira, sedih, mengeluh, terkejut dan sebagainya.

Study pon serba tak kena bila kepala sedang kusut dengan pelbagai lontaran berkaitan dengan isu mahkamah tidak membenarkan kalimah Allah diterjemah dari perkataan God dalam majalah The Heralds. Nampak rakyat Islam di Malaysia terpecah kepada empat golongan.
1. yang menyokong keputusan mahkamah
2. yang menentang keputusan mahkamah.
3. yang tak pasti belah mana, kerna cakap tidak pada isunya
4. yang tak tahu menahu akan wujudnya isu ni.

Aku bukanlah orang yang arif dalam ilmu fiqh yang hendak membicarakan soal hukum halal haram penggunaan kalimah Allah dlm majalah tersebut, biarlah orang yang arif memperkatakannya (dah memang ramai pon. huhu).

Aku cuma tertanya-tanya akan kenapa rakan Muslim yang lain nampak seolah lebih lantang dalam memperjuangkan 'kalimah Allah BOLEH digunakan sebagai terjemahan God dalam majalah tersebut'. why??

Satu je point aku, Adakah sama Allah yang kita sembah dengan Allah yang cuba diorang nak gunakan..

"katakanlah (Muhammad), "Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia." [Al-Ikhlas:1-4]

Kalaulah Allah yang mereka maksudkan sama seperti ayat di atas, aku terima dengan hati yang berbunga-bunga.. dan kalau ada kawan2 Kristian yang memahami Tuhan mereka sama seperti description Allah (seperti surah Ikhlas di atas), cepat-cepat hubungi saya atau kawan muslim yang lain, kerna anda sudah mengimani dengan sifat2 Allah.

since dah banyak orang bagi point2 lain, tak guna nak salin balik, redundant nnti.. moga Allah memberi hidayah pada kita insyaAllah.

No comments:

Post a Comment