Monday 25 February 2013

beradab itu Perlu

Aku bukanlah orang yang sudah lama dalam liku-liku organisasi dakwah ini. Sedang merangkak-rangkak dalam medan tarbiyah ini. Antara perkara yang mendorong untuk aku mengikuti organisasi dakwah ini ialah kerana malunya aku pada kurangnya pengetahuan akan agamaku sendiri. Terasa diri ini kosong dengan terselitnya unsur2 maksiat dan jahiliyah dalam diri. Kerana inginkan sesuatu yang lebih baik buat diri, ummat dan Islam ini aku merasakan penyertaan dalam organisasi dakwah ini perlu bagi membantu gerak kerja pengislahan umat Islam kepada kembali menyelami tuntutan-tuntutan yang perlu dilaksanakan.

dan aku rasa inilah antara alasan awal kebanyakan mereka yang menyertai gerabak dakwah ini. Sedar akan tanggungjawab dan bebanan yang perlu dilaksanakan. dengan itu, kita mula melibatkan diri dalam organisasi atau jemaah tertentu. Samada, IKRAM, PAS, ISMA, ABIM, HALUAN dan sebagainya. Mungkin akan ada yang pertikai, kenapa banyak sangat berjemaah, satukan semuanya tak boleh ke ?, so that xde lah khilaf banyak sangat. Aku bukanlah orang yg arif dalam mengeluarkan dalil2 qat'ie dalam membahaskan sesuatu isu, namun apa yang aku rasakan penubuhan jemaah yang berbeza ini adalah fitrah atas asbab perbezaan dalam kita berfikir berkaitan sesuatu isu.

Kerna aku merasakan kesemuanya mempunyai objektif yang sama iaitu menyedarkan ummah akan indahnya mengamalkan nilai2 Islam. Mungkin kaedah dan cara fikir yang berbeza, membezakan organisasi ini. Andai sudah ada UITM, maka tidak salah untuk wujudnya UIAM dalam memperkasakan rakyat malaysia dalam aspek pendidikan. mungkin juga akan ada yang pertikai, kenapa tak besarkan je UIAM dan tambah tenaga pekerja instead of buat uni lain banyak2. Yang pasti kaedah dan gerak kerja kedua-dua universiti ini mungkin berbeza, namun yang pasti objektif asalnya adalah sama iaitu untuk menaiktarafkan aspek pendidikan buat rakyat malaysia. Dari sudut yang lain, mungkin ada aspek lain yang perlu ditekankan mengikut sudut pandang masing-masing. Ini hanyalah sebagai contoh dan analogi sahaja.

Namun, dalam berbeza jemaah/organisasi/fikrah/ideologi, aku sangat mengharapkan masing2 dapat menjaga adab dalam membincangkan sesuatu isu. Aib-mengaibkan sesama saudara Islam henti-hentikanlah.. sedih tengok. Orang yang baru nak kenal dengan gerakan Islam akan rasa jelek dengan perangai-perangai gerakan dakwah sebegini. Boleh untuk berdebat/berbincang di public (eg facebook), namun buatlah dengan cara seorang ikhwah yang ditarbiyah dengan nilai-nilai Islam. Andai merasakan perbincangan itu tidak membawa sebarang kebaikan maka, berdiam itu lebih baik.

Mungkin aku bukanlah orang yang layak untuk menyentuh isu-isu ini, namun aku sendiri jelek dengan adegan-adegan ini. Syaitan bertepuk tangan melihat mereka yang dikatakan 'penggerak' masih disibukkan dengan isu-isu yang kecil sedang isu-isu yang lebih besar diketepikan. Perlu untuk kita menyuarakan pendapat atau cadangan dalam membaiki sesuatu keadaan, namun buatlah dengan cara yang paling berhemah..

"49-10:  Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."
"49-12:  Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani)."
 Kerna tujuan kita satu, iaitu untuk mendaulatkan Islam, maka hormat-menghormati itu perlu..




lagu pejuang agama buat mereka yang merasakan mereka 'pejuang agama'!!

No comments:

Post a Comment