Wednesday 30 January 2013

Mengumpat Era Moden

tertulis di status fb..

Fulan bin Fulan:
" Aku tengok minah A ni bukan main lagi bergedik dengan jantan mana entah. meluat betul aku.. fuh (lega rasa ^_^" )"

Budak C: Laa.. ingatkan aku sorang ja nampak. hang pon perasan jugak ka.. nak tau, pernah haritu dia tunjuk gambaq dia ngan bf dok berlaga pipi boleh.. panas aku..
Budak B: erm.. dulu lebat sangat teguq orang. la lebih teruk bukan main.. ceh pi daa..

Pernah tak kita terjumpa status sebegini. atau mungkin kita yang menulis status sebegini?? (kalau pernah istighfar panjang2 hehe)

Tidak salah untuk menegur kawan kita yang terlanjur melakukan kesilapan. malah menjadi satu kewajipan buat kita menurut kemampuan yang ada.

'Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra)'
 Maka andai pelaku maksiat itu adalah kawan kita sendiri, seharusnya kita mengambil langkah-langkah progresif untuk memberi nasihat bil hikmah (dengan berhikmah).

"“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125)."
 Memilih untuk menulis status kontroversi sebegini bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik yang kononnya akan menyedarkan mereka setelah membaca status hangat yang betul-betul berkaitan dengan mereka.

Pada aku, tindakan sebegini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan yang pada dasarnya adalah untuk 'menegur'. bukanlah aku bermaksud untuk mempertahankan pelaku perkara-perkara yang tidak baik ini, tapi aku lebih cenderung memilih untuk tidak memburuk-burukkan mereka di khalayak ramai apatah lagi di laman sosial yang boleh di'access' oleh sesiapa dan bila-bila sahaja.

Bersyukurlah, Allah masih menyembunyikan aib kita. tak dapat dibayangkan andai kita yang nampak sahaja baik ini didedahkan Allah segala bagai aib yang tersembunyi. Sudah pasti perasaan malu, depress dan inferior complex akan menyelubungi diri.

Bagi aku mengumpat zaman moden tak perlu kepada berjumpa sambil potong bawang atau bersiang ikan.. komen yang mengumpat pada status facebook juga turut dikategorikan sebagai MENGUMPAT!! Apatah lagi status tadi menjadi medium pengguna lain untuk turut berkongsi cerita yang tidak baik tentang orang yang sama tadi.. Maka akan berlipat gandalah saham dosa yang diperoleh.

"49-12:  Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani)."





Dalam kita menegur orang, kita mengharapkan orang tersebut sudi untuk menerima teguran kita., tapi sayang pada masa yang sama kita tidak bersedia untuk turut berlapang dada dalam menerima teguran yg hampir sama.. Semoga dalam kita menegur orang lain, kita turut memuhasabah diri akan dosa yang telah dilakukan..



No comments:

Post a Comment