Thursday 28 February 2013

Inferior sang pelajar

"hang tak yah nak Pulun sangat la.. orang dah tau dah aih jawapan tu. saja malaih nak tunjuk ja."

"Giat gila baq hang dia tu. bajet dia sorang ja rajin. tu bukan pa, nak ambik hati cikgu la tu"

"Stress aku dengan hang ni. soklan bodo macam tu pon nak tanya ka. adik aku hat kat tadika pon boleh jawab soklan hang tu"

"Poyo giler mamat tu. baru balik US ingat dia jela yang boleh speaking.. relaks dah ar. Orang lain pon boleh speaking gak xde la nak menunjuk macam dia tu. ptuih"


Inilah antara contoh-contoh dialog zaman persekolahan dulu. POYO, PULUN, GIAT adalah gelaran-gelaran yang diberikan kepada mereka yang nampak lebih menonjol sedikit samada dalam mengeluarkan pendapat, bertanya soalan atau sentiasa berdampingan dengan guru. Paling teruk mereka yang dikatakan lantang ini kekadang turut di'pulau' oleh rakan-rakan sendiri.

Pengalaman sendiri, pernah beberapa sahabat dilabelkan dengan gelaran tertentu, sehinggakan mereka merasa 'inferior' bila berhadapan dengan orang lain. Jelas suasana persekolahan di kebanyakan sekolah di Malaysia tidak menggalakkan budaya berfikir, bersoal-jawab dan sebagainya. Jika di pengakhiran kelas, cikgu bertanya 'ada apa-apa soalan?' pasti jawapannya 'tidak'.

Maka tidak hairanlah jika pelajar-pelajar Malaysia acap kali dilabelkan sebagai, pendiam, pemalu, pasif, datang hanya penuh kerusi je dan sebagainya. sebab persekitaran kita membantutkan budaya penampilan diri. nak tanya sikit, orang condemn.

Berada dalam persekitaran yang sebegitu, kekadang aku turut menjadi antara pengcondemn bila tengok orang lain nampak pulun sikit. Walhal tiada sebarang kesalahan yang dilakukan. Perkara inilah yang perlu ditekankan agar generasi akan datang tidak terperangkap dengan persekitaran yang mebantutkan pembinaan karekter individu. Agar orang Melayu tidak terus layu dan berani untuk menyuarakan pendapat.

Lain benar jika hendak dibandingkan dengan bangsa lain. Mereka lebih ke hadapan dalam menampilkan diri menyampaikan pandangan dan hasrat hati. yang kita mampu hanyalah, 'biaq depa cakap dah la, kita iyakan ja'

Berkawan dengan rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai latar belakang bangsa disini, jelas menampakkan perbezaan. Orang Arab (mesir) lebih lantang dalam menyurakan pendapat. Jika penyampaian khatib dalam Khutbah jumaat, ada perkara yang tidak memuaskan hati mereka tanpa segan silu akan bangun membangkang dan menyuarakan pendapat. to some extend, perlu juga mereka ini untuk belajar lebih menghormati. :) .

Isunya di sini ialah kecenderungan masyrakat kita yang suka melabel atau menggelar seseorang yang seterusnya memundurkan lagi pembinaan aspek jati diri seseorang individu..




No comments:

Post a Comment