Tuesday 1 January 2013

Dasyat!!

Setelah perang yarmuk selesai, kelihatan beberapa pejuang Islam rebah dengan puluhan luka di badan
Mereka adalah Ikrimah bin Abu Jahal, Al Harith bin Hisyam dan Ayyash bin Abi Rabi'ah.
Saat ketiganya sedang letih, lemah dan kehausan datanglah seorang sahabat yang membawa air untuk diberi minum kepada tentera-tentera islam yang tercedera

Ketika air diberikan kepada Al harith dan hendak diminumnya, dia melihat Ikrimah yang sedang dalam kehausan dan sangat memerlukannya. maka dia berkata, "berikan air ini kepadanya" sambil menunjukkan kepada Ikrimah

Sedang Ikrimah hendak meminum air tersebut, beliau melihat dari satu sudut kelihatan Ayyash turut berada dalam kehausan dan memerlukan air. lalu Ikrimah berkata, "berikan air ini kepadanya" sambil menunjukkan kepada Ayyash.

Air beralih lagi kepada Ayyash, belum sempat diminum, Ayyash sudah menemui syahidnya. lalu sahabat tadi membawa bekas air kembali kepada Harith dan mendapati Harith juga telah menemui syahidnya. kemudian, sahabat tadi menuju semula kepada Ikrimah dan mendapati Ikrimah juga sudah tidak bernyawa lagi..

***

Dasyat kan itsar sahabat2 dulu?? dalam keadaan sudah hampir kepada kematian pun masih mengutamakan orang lain. kalau kita mungkin dengan lahapnya kita minum air tersebut tanpa menghiraukan sedikit pun kepada orang lain. Asalkan perut kita masyuk.

Namun, berjaulah ke Edinburgh baru-baru ini telah mengajar diri ini akan indahnya nilai itsar itu. tinggal di rumah seorang ikhwah hampir 12 hari begitu mengusik hati ini. bukanlah niat hendak memuji sahabat ini dengan pujian yang lebih-lebih, hanya sekadar menceritakan kebaikan yang dilakukan moga boleh dijadikan teladan bersama.

Sepanjang tinggal dirumahnya, dia begitu mengambil berat dengan  setiap keperluan kami samada makan, tidur atau keluar berjalan.

sebelum tidur, sahabat ini akan pastikan kami semua mendapat tempat dan duvet/sleeping bag terlebih dahulu tanpa menghiraukan keadaannya. dengan bilangan yang agak ramai, sempena winter gathering yang akan berlangsung, kekadang sahabat kami ini terpaksa tidur di ruang dapur setelah mendapati tiada ruang untuknya.

jika time makan, dia akan pastikan kami makan terlebih dahulu dan bakinya baru dijamah. pernah beliau tidak makan malam kerana tersalah perhitungan. Sahabat kami ini begitu pemurah bukan sahaja dengan makanan tapi juga dengan senyuman. tidak pernah hati ini tersinggung sepanjang pengenalan 4 tahun sejak dari kolej persediaan lagi.

malam sebelum bergerak balik ke airport, sahabat ini telah menghulurkan 20 pound sebagai duit tambang teksi. Subhanallah, hati ini begitu tersentuh dan sedih menggalkan bumi Edinburgh bukan kerana cantiknya bumi Edin itu, tapi kerana indahnya ukhwah yang terjalin di bumi tersebut..

Moga hati kita terus kuat dalam menjaga ukhwah yg terbina ini seterusnya memperhebat lagi nilai itsar dalam diri..


                  gambar kenangan semasa Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk 2012 di Edinburgh



No comments:

Post a Comment