Sunday 17 March 2013

sesekali perlu juga diketuk

Belajar di sebuah sekolah Agama kekadang merasakan diri seolah telah menjadi seorang yang hebat dalam ilmu agama. terasa juga seperti seorang abid di malam hari. dipandang mulia pada pandangan pakcik- pakcik di kampung.

"itu kan anak pak Mail yg dok ngaji kat sekolah Agama ABC tu kan? untung la pak Mail tu, dapat anak-anak yang soleh" bisik Pak Seman kepada Pak Ali.

Begitulah apa yang dirasakan dalam diriku yang kini sedang menuntut di Sekolah Menengah Agama ABC..

Pada masa yang lain,aku terasa seperti akulah ahli agama yang maha mengetahui segalanya walhal baru setahun jagung bercakap Arab, ber'ana-enta' dan sebagainya lagi yang menzahirkan tingginya nilai-nilai agama dalam diriku.

"Kamal malam ni pak cik nak buat tahlil sikit kat rumah. Kamal tolong leadkan boleh.?" pinta pak cik Saleh
bermacam-macam lagi harapan orang-orang kampung yang pandang aku sebagai seorang yang maha dahsyat ilmu agamanya..

Disebalik semua pandangan-pandangan positif terhadap aku, banyak perkara orang kampung tidak nampak dalam diriku. aku mungkin hebat dalam mengalunkan alunan zikir-zikir, membaca al-quran, berpakaian serban dan jubah dan sebagainya. Namun di sebalik semua itu, amalku tidak seberapa. Bersolat sendirian, jauh sekali untuk berjemaah di masjid. handset tidak lekang di tangan, mesej cintan-cintun, layan movie sampai pukul 2 pagi, movie korea pulak tu.. Aahhh.. banyaknya jahiliah dalam diri disebalik topeng agama yg aku pakaikan..-aku bermonolog sendirian

Setelah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR, aku ditawarkan ke sebuah Sekolah Berasrama Penuh. disebabkan aku berlatarbelakangkan sekolah agama, aku telah dilantik menjadi salah seorang ahli BADAR yang bertindak sebagai 'pengawas' dalam hal urusan agama islam para pelajar. terus merasakan seolah akulah 'malaikat' yang akan mengawal gerak geri para pelajar sekolah.

Akulah yang akan menangkap andai mereka kantoi berkhalwat. akulah yang akan memerli mereka andai ada yang beriadah tanpa menutup aurat dengan sempurna, akulah imam tetap di surau sekolah, aku, aku dan semuanya berkaitan dengan aku... setiap kali bertemu dengan pelajar 'marhaen', merekalah yang akan memberi salam kepadaku terlebih dahulu..

Namun perasaan itu terus merubah pada perjumpaan BADAR yang pertama. kami dipanggil untuk sama-sama merefleksi diri. berdiri Sang President dengan suara yang tegas berkata.

'Siapa di sini yang solat berjemaah di Masjid apabila pulang ke rumah?'

ada 2 atau 3 orang yang angkat tangan

'Siapa di sini yang bebas diri dia dari berkapel??

tidak juga aku yang angkat tangan.

'Siapa di sini yang rasa dia betul-betul ikhlas menegur orang untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik, bukan untuk menampakkan dirinya lebih baik??

juga bukan aku yang mengangkat tangan..

'habis tu kenapa korang beria sangat nak jadi BADAR? nak dikenali sebagai orang yang bergama? nak orang tunduk hormat? Solat pon acah tak acah, macam mana nak betulkan orang lain punya solat? besar tanggungjawab kita pada pelajar lain......'

termenung aku sendirian selepas sesi refleksi tersebut. Apatah lagi untuk menggerakkan gerabak dakwah ini yang memerlukan kesungguhan dan keikhlasan yang betul-betul menguji jati diri.

***

"Ohoi Kamal, jauh benor merenungnya.Kata nak pergi ziarah pelajar baru.. bila nak gerak?"
tegur Habib,

"tak jauh mana pon. baru sampai Jordan, ko dah tegur. kalau tak dah sampai Malaysia.. hehe. jom, gerak sekarang"

'ketukan' 6 tahun lalu masih terasa bengkaknya. Kali ini terlibat pula dalam gerabak dakwah dan tarbiah. lagi berat tanggungjawabnya..

No comments:

Post a Comment