Monday 5 December 2011

perlu ke berusrah ??

Menyingkap nostalgia lalu,
Persiapan sebelum fly agak kelam kabut dengan pelbagai kelengkapan yang perlu di bawa. Begitu juga dengan nasihat-nasihat yang diterima daripada mereka yang begitu ambil berat tentang diri ini. Namun terkesima sebentar apabila mendengar satu daripadanya yang berbunyi ‘JANGAN JOIN USRAH/PERSATUAN SEMASA BILA KAT LUAR NEGARA NANTI’. Sebabnya ramai pelajar yang tandus di tengah jalan dek terlalu aktif dalam berpersatuan. Setelah diteliti ada juga benar kata-kata nasihat ini.

Tapi, jika diteliti dengan lebih mendalam kepada keadaan dunia di sini, sangat jauh bezanya dengan keadaan Malaysia. Di sini tiada lagi ceramah malam jumaat, pengajian islam, surau/ masjid yang berdekatan untuk mengisi rohaniku, melainkan pelbagai hiburan yang melalaikan. The only way to get that is by joining one of the PERSATUAN.

Justeru, kepada semua penggerak dakwah tanam dalam diri masing-masing untuk belajar bersungguh demi Islam, seterusnya mengelak daripada berlaku fitnah yang mengatakan join usrah=gagal. Hope one day dapat ubah persepsi masyarakat terhadap gerakan dakwah. And the next generation will be advised as “KALAU BOLEH NANTI BILA DAH PERGI KE LUAR NEGARA, JOIN LA MANA-MANA PERSATUAN ISLAM. Coz mak cik tengok ramai anak-anak kawan makcik yang join usrah semua pulang dengan result yang cemerlang  bukan sahaja akademik tapi juga sahsiah..

So, belajarlah bersungguh2. =)

No comments:

Post a Comment